Monday, June 4, 2007

peluang yang terindah
















Warna alam membuat aku tabsub betapa indahnya alam ciptaan tuhan...
selepas menunaikan solat subuh pagi tadi, aku membantu ibuku membuat sarapan..seperti pagi sebelumnya, aku terlalu sibuk menguruskan diri dan suami.
namun walau masa begitu pantas, aku masih mampu...melihat warna-warna alam yang bertukar..sungguh harmoni.
Hari ini, banyak yang mestiku selesaikan, harus menyudahkan segala kerja yang tertunggak dan bakal tertunggak, pergi bank untuk mengambil penyata dan membeli tiket keretapi.
masa yang begitu terhad. Dalam perancangan aku terpaksa ke Kl pada malam ini juga, aduh masa yang terlalu singkat.
kuala lumpur bakal menjemputku dengan warna-warna kusam..tapi aku tahu kali ini kedatanganku..akan merubah warna-warna itu...aku tersenyum sendiri.
hari-hari yang bakalku lalui disana, bakal mencoretkan pelbagai rasa...rasa yang tak mungkin terhindar dari deriaku.
cuti sekolah begini membuatku tercari-cari waktu terabai..untuk aku luangkan dan letakkan sedikit rasa penatku...aku belum temui.
peluang cuti begini aku padatkan harianku, dengan melakukan kerja sambilan dan menjahit. padat bukan. aku gembira walau terbiar rasa penatku aku masih mampu memyiapkan beberapa karya untuk tatapan mata, jamuan hati....semoga hari ini akan mendatang rasa ceria!

No comments: