Thursday, September 11, 2008

Gerakkan yang mengingatkan aku betapa beruntungnya aku....kini

9.9.2008.
Allahamdulillah bayi yang ku kandungkan sudah mencapai usia 6 bulan. Terasa terhibur bila gerakannya menyentuh kulit perutku, Aduh indah sungguh pengalaman ini. 2 minggu yang lalu, ketika orang ramai menyambut hari ulang tahun kemerdekaan aku dan suamiku di uji apabila bapa mertuaku dimasukkan ke unit rawatan rapi. Bapa mertuaku disahkan mengalami radang paru-paru.
Ulang tahunku, hanya sekadar ala kadar, suami memilih hanya membeli kek dan menikmatinya bersama. Suami membeliku hadiah begitu istimewa…kami mengunakan masa berdua yang hanya sedikit cuma untuk berbual mesra. Sebelah petang kami melawat bapa mertuaku sambil menitipkan doa agar kembali pulih.
Pada 1.9.2008, umat islam menyambut ramadhan. Aku dan suami bersyukur dapat menikmati sahur bersama. Paginya aku dan suami sibuk ke hospital kembali hingga terlupa saat-saat berbuka. Tiada apa yang penting tika ini hanyalah menginginkan bapa mertuaku kembali sihat untuk bersama menikmati ramadhan yang mulia ini. Aku begitu teringin untuk menikmati makanan yang tersedia di pasar ramadhan yang terletak berdekatan dengan stadium kangar. Disana terhidang seribu satu juadah istimewa yang buat aku lupa segalanya. Petang itu hujan turun selebat-lebatnya tapi keinginanku tetap memuncak. Suami tanpa berlengah melangkah membawaku dalam hujan ke pasar ramadhan tersebut. Dapatlah juga aku memilih makanan istimewa kegemaranku.
Setelah berbuka aku kembali sibuk menyiapkan persiapan untuk pulang ke Klang. Aku panjatkan doa supaya perjalananku berjalan lancar.. suami memandang sayu, aku terpaku di tingkap bas, bersama rintik hujan mengiringi kepulanganku…pipiku basah lagi!

Hari ini,
Aku mengadap kembali skrin kesayanganku ini genap sudah hampir 2 minggu aku tidak bertemu suami tercinta. Suami terpaksa menemani bapa mertuaku yang masih dirawat di hospital. Aku masih berpuasa, pada bayiku kupinta dia bersabar…..
Aku ke klinik Pakar tanpa ditemani suami, rasa sayu ditangkal hati, apadaya bukan kemahuan suamiku, aku redha….bayiku seperti bulan – bulan terdahulu agak merahsia kejantinanya…puas doctor mencuba, bayiku tetap sama..mungkin dia mahu suamiku ada bersama barulah dia ingin menonjolkannya…masih dalam kandungan sudah pandai bermain psikologi..aku tetap tertanya-tanya? Biarlah….aku akan menanti, pasti dia akan menunjukkannya apabila bayiku mencecah 7 bulan nanti.

Berbuka tanpa insan tercinta perit rasanya…makan sekadar ala kadar. Rindu padanya hanya tuhan yang tahu. Tambahan pula, minggu ini setiap hari hujan turun. Sayu….

Bayiku bertindak semakin aktif, tendangannya semakin kerap ku rasa lebih-lebih lagi saat ku berbaring. Aku memohon tuhan supaya bayiku akan sentiasa sihat….bahagia bersamaku. Aku kini makin sibuk mencari nama-nama istimewa buat insane yang akan menyinari hidupku. Suami ku telah mencari beberapa nama..aku ingin juga meletakkan satu nama yang akau pilih sendiri.tapi aku masih buntu…untuk memilih nama yang ringkas dan mudah diingati juga perlulah yang mempunyai maksud yang baik.
Nama apa yer…?