Thursday, November 22, 2007
Tentang dia
meruntun jiwa
Pedih, halus
menyentuh tangkai hati
Bisikan gundah
lakaran jiwanya nan parah
tatkala hati bertembung dengan rasa duka
tak terperi bisanya
Dia...
dari jauh
ku bisikan........
ungkapan penuh semangat
agar tak mengikut naluri jahat
ingin mematikan rasa duka
hanya kerana dia
Dia...
menangis lagi
biarpun aku ada disisi
Dia...
hanya perlu pulangkan rasa
CINTA
pada diri insan yang lama bertahta di jiwa
Pada Aku
Teman berbicara
tempat meluah gundah dan hiba
Aku....setia adanya,
walau hatiku melicit....
pedih!
begitu adanya aku..
Posted by mawar at 11:01 PM 0 comments
Tuesday, November 6, 2007
semalam yang berlalu
semalam...sudah terlalu lama aku membiarkan masaku membataskan
pergerakkanku, menghadkan keinginanku untuk menulis disini. Pada hari ini akan ku hamparkan penulisan untuk santapan
mata...Sesudah berakhirnya semalam yang penuh kesibukan, kebisingan, aku melepaskan keluhan..kepenatan menuntut ilmu yang begitu luas...Minggu ini minggu percutian untukku!
aku sudah menukar aktiviti terkini untuk memenuhi
cuti sekadar seminggu ini. malam cuti begini aku memenuhinya dengan pergi memancing di singgah kuala tepian pantai bersama dia..masa sesinggat ini inginku penuhi dengan keintiman yang kian pudar dik masa dan keadaan.
dihari siang aku mula berjinak dengan bidang penulisan..keperputakaan mencari bahan bacaan, petang membuat kerja sambilan (freelance-costomed album perkahwinan),hurm...belajar memasak!semalam yang lepas,
aku dijemput ke majlis hari raya Persatuan Penulis-Penulis
Perlis(3P). Majlis tersebut diserikan dengan puisi mewangi, luahan rasa serta nyanyian syadhu ketuhanan oleh ahli persatuan melalui pemerhatianku rata-rata mereka berusia sekitar 40-an. hanya aku dan hubby sahaja yang masih mentah serta muda,.. Indah dan begitu puitis mereka begitu
berpengalaman dan bijak bermain dengan intonasi suara membuai hati.secara tiba-tiba...aku diminta bersajak, pada ketika itu aku masih lagi
tercari-cari, kehilangan sudah kata-kata untuk menolakpun bukan untuk menerima juga bukan. aku lupa membawa sajak-sajak yang ku titip bersama sehari sebelum hari berkenaan. maka dengan sepantas kilat jariku
mengengam majalah dari buliten persatuan tersebut. menarik mic dekat kebibir..menarik nafas dalam-dalam...ku pilih sajak hasil gubahan Kakak AmilliaAl-Fatihah untuk insan kecil ini...adik Mohd Ameerbertajuk Pemergian yang di rehdai
Posted by mawar at 8:23 PM 2 comments