Friday, October 16, 2009

Dia penyeri hati


Bayiku yang ku lahirkan pada tanggal 20 November 2008 lahir pada minggu ke 34. Bayiku diberi nama Adam Rizqy bermaksud rezeki lelaki. bagiku inilah yang dinamakan rezeki..rezeki seorang bayi lelaki yang comel dan sihat.Alhamdulillah, syukur..bermacam dugaan aku hadapi saat melahirkannya..tidakku sangka minggu terakhir persekolahan tahun 2008 adalah minggu yang tak dijangkakan..aku hadir ke kursus LADAP untuk hari ke-3, aku mula merunggut kepada teman rapatku Nancy. memberitahunya keadaan diriku. Dia membawaku ke klinik bersama housemateku mona. Selepas mendapat kepastian kedua klinik yang aku pergi iaitu babyku kini dalam keadaan merbahaya kerana kekurangan air ketuban didalam rahimku..bermakna aku harus cepat ke hospital. Aku kaget! tidak tahu ingin memberitahu sesiapa...ibu dan ayahku berada di Langkawi untuk bercuti. Tak sanggup aku mengecewakan mereka. Aku sendiri ingin mereka berehat. Suamiku tentu sangat sibuk. Aku menghubungi abangku yang sulong. Dia meminta aku pulang ke Bandar Desa Tasek kerana dia sedang bertugas. Aku sendiri pastinya takut untuk memandu dalam keadaan begini.Mujurlah abang ke-3, iaitu abang Zam bekerja sebelah petang. Dia bersama seorang rakan datang ke Klang dan membawaku ke Hospital Sungai Buluh. Aku tiada Idea ketika itu. Aku memang mengharapkan agar dapat melahirkan di Perlis atau Jitra.Tapi apakan daya.ADAM RIZQY aku lahirkan pada hari ke-3 aku disana. Lahirlah sudah cahaya yang akan menerangi hidupku...semoga adanya Adam dapat membuatkan hidupku ceria.

Thursday, September 11, 2008

Gerakkan yang mengingatkan aku betapa beruntungnya aku....kini

9.9.2008.
Allahamdulillah bayi yang ku kandungkan sudah mencapai usia 6 bulan. Terasa terhibur bila gerakannya menyentuh kulit perutku, Aduh indah sungguh pengalaman ini. 2 minggu yang lalu, ketika orang ramai menyambut hari ulang tahun kemerdekaan aku dan suamiku di uji apabila bapa mertuaku dimasukkan ke unit rawatan rapi. Bapa mertuaku disahkan mengalami radang paru-paru.
Ulang tahunku, hanya sekadar ala kadar, suami memilih hanya membeli kek dan menikmatinya bersama. Suami membeliku hadiah begitu istimewa…kami mengunakan masa berdua yang hanya sedikit cuma untuk berbual mesra. Sebelah petang kami melawat bapa mertuaku sambil menitipkan doa agar kembali pulih.
Pada 1.9.2008, umat islam menyambut ramadhan. Aku dan suami bersyukur dapat menikmati sahur bersama. Paginya aku dan suami sibuk ke hospital kembali hingga terlupa saat-saat berbuka. Tiada apa yang penting tika ini hanyalah menginginkan bapa mertuaku kembali sihat untuk bersama menikmati ramadhan yang mulia ini. Aku begitu teringin untuk menikmati makanan yang tersedia di pasar ramadhan yang terletak berdekatan dengan stadium kangar. Disana terhidang seribu satu juadah istimewa yang buat aku lupa segalanya. Petang itu hujan turun selebat-lebatnya tapi keinginanku tetap memuncak. Suami tanpa berlengah melangkah membawaku dalam hujan ke pasar ramadhan tersebut. Dapatlah juga aku memilih makanan istimewa kegemaranku.
Setelah berbuka aku kembali sibuk menyiapkan persiapan untuk pulang ke Klang. Aku panjatkan doa supaya perjalananku berjalan lancar.. suami memandang sayu, aku terpaku di tingkap bas, bersama rintik hujan mengiringi kepulanganku…pipiku basah lagi!

Hari ini,
Aku mengadap kembali skrin kesayanganku ini genap sudah hampir 2 minggu aku tidak bertemu suami tercinta. Suami terpaksa menemani bapa mertuaku yang masih dirawat di hospital. Aku masih berpuasa, pada bayiku kupinta dia bersabar…..
Aku ke klinik Pakar tanpa ditemani suami, rasa sayu ditangkal hati, apadaya bukan kemahuan suamiku, aku redha….bayiku seperti bulan – bulan terdahulu agak merahsia kejantinanya…puas doctor mencuba, bayiku tetap sama..mungkin dia mahu suamiku ada bersama barulah dia ingin menonjolkannya…masih dalam kandungan sudah pandai bermain psikologi..aku tetap tertanya-tanya? Biarlah….aku akan menanti, pasti dia akan menunjukkannya apabila bayiku mencecah 7 bulan nanti.

Berbuka tanpa insan tercinta perit rasanya…makan sekadar ala kadar. Rindu padanya hanya tuhan yang tahu. Tambahan pula, minggu ini setiap hari hujan turun. Sayu….

Bayiku bertindak semakin aktif, tendangannya semakin kerap ku rasa lebih-lebih lagi saat ku berbaring. Aku memohon tuhan supaya bayiku akan sentiasa sihat….bahagia bersamaku. Aku kini makin sibuk mencari nama-nama istimewa buat insane yang akan menyinari hidupku. Suami ku telah mencari beberapa nama..aku ingin juga meletakkan satu nama yang akau pilih sendiri.tapi aku masih buntu…untuk memilih nama yang ringkas dan mudah diingati juga perlulah yang mempunyai maksud yang baik.
Nama apa yer…?

Tuesday, July 22, 2008

kurnian terindah

Beberapa bulan lepas aku terlalu sibuk mengatur aktiviti harianku, aktiviti yang padat langsung membatas penulisanku...malam ini ku gagahi menulis diruangan blogku ini.
9 mei 2008,
tarikh yang bakal tersemat dalam kotak ingatanku buat selamanya...aku telah disahkan mengandung...debaran, keterujaan menebal di hati...waktu doktor mengesahkan aku mengandung sayang sekali insan tersayang jauh disisi.Lonjakan kegembiraan menerpa diriku, rasa macam dalam mimpi. 4 tahun bukan satu jangka masa yang singkat..malah aku rasakan begitu lama, jelas terbukti Allah Maha Kaya. DIA mengetahui apa yang terbaik untukku.Di waktu aku jauh dari suami tercinta Allah beriku insan yang telah lama ku pinta, kini dia hadir menyerikan warna-warna hidupku.
22 Julai 2008,
Kini kandunganku sudah mencapai usia 17 minggu... ini bermakna rahimku telah mengandungkan janinku selama 4 bulan.Di awal kehamilan tidak ada apa yang berubah. Malah alahan hanya bersifat sementara itu tidak berlaku kepadaku, kesian suamiku..berat badannya surut serta merta mengikut usia kandunganku..Allahamdulillah, kini suamiku sudah boleh bersarapan dan makan makanan kegemarannya kembali.
Sepanjang kehamilanku emosiku tidak menentu, aku terlalu sepi berada di daerah ini. Malah, aku terpaksa berdikari
untuk menjalani kehidupan seharian. Aku terpaksa ke klinik berseorangan malah makan tengahari juga malam aku sendirian...berat badanku makin susut. Aku tiada selera untuk menghadap nasi. Penat doktor menasihatiku, aku masih lagi tidak mampu..untuk makan makanan yang mengandungi karbohidrat. Doktor memberiku pelbagai pil dan vitamin untukku.
Suami tercinta lansung tidak mengabaiku, dari jauh perbagai dorongan dititipkan.Setiap Hujung minggu, merupakan hari yang ku nantikan. setiap pagi sabtu suamiku akan meluangkan masa datang berjumpaku, tiada lagi kerja overtime baginya. Dia ingin berada disisiku...waktu inilah nafsu makanku berlonjak-lonjak. Disisi suami aku mampu memakan nasi...sayangnya minggu lepas aku disahkan doktor, aku mengalami kencing kotor. dari sebulan sekali ke klinik kini sudah menjadi setiap minggu. Aku kini lebih memilih makanan. Aku kena kuat untuk hari-hari mendatang...bersama bayi dalam kandunganku ini.
Perutku, masih kecil..bayiku masih beberapa gram tingginya hanyalah sekitar 10 cm.Namun beberapa gerakan kecil dapatku rasakan...indahnya...

Saturday, March 29, 2008

pasrahkah aku

hari ini..
kau riang, tersenyum,tertawa
hari ini..
aku termanggu, sayu

hari ini...
kau bisik yang kau cintakan aku...
hari ni juga kau lafaz...menyintai ku seadanya
aku terdiam, senyum dalam hati

hari ni...
kau berlari, selajunya
berteriak.. katamu cintamu mungkin milik aku dan dia.

hari ni..
kau jatuh cinta

hari esok mungkin aku telah tiada
untuk selamanya

Thursday, March 6, 2008

MENGAPA ADA DERIA YANG PEKA

Mengapa?apa juga alasan.
kita masih juga menanti penuh sabar
berdiri dalam kelam
meraba-raba dalam gelita
andai yang pasti jawapanya tetap sama...
Mengapa? nak ku rayu dan
ku rintih.
perasaannya tetap sama
tiada maksud sabar!
tiada maksud !
jawapannya tetap sama
dia.....selamanya!

Bukan sekadar untuk dicintai

hidup bukan untuk memiliki
takut ditakluki bukan satu perjanjian hakiki
cuma pada dasar
ingin mengengam rasa nikmat mencintai

hidup bukan takat untuk disayangi
takut untuk dikasihi bukan keinginan sama sekali
sekadar untuk minta dimanjai
hidup kerana cinta
buat rasa parah sentiasa melingkari
rasa dendam dibajai
hanya kerna cinta
punah segala
cinta bukan untuk hidup!

Monday, December 17, 2007

yang terbaik dari-Nya...yang buruk datangnya dari diri sendiri


‘ PULANGKAN RASA ITU ’

Kau datang memburu rasa
Rasa itu bukan milik sesiapa
Bukan juga dipaksa
Bukan juga di pinta

Kau, aku dan dia.
Insan kerdil yang tak punya apa
Miliki rasa yang berbeza
Hanya satu yang sama
Rasa LARA yang utuh di jiwa

Pada aku Cuma mimpimu
Pada aku Cuma anganmu
Pada aku sekadar ruang
Ruang ciptaan kita
Aku, kau dan dia..

Pulangkan rasa yang berbeza
Biar tulus setia melingkari jiwa
Pulangkan rasa yang sama
Agar terubat ratapan sendu tak berlagu
Dendangkan dia ratusan kata pujangga
Agar dia sentiasa miliki kau adanya

Pulangkan rasa itu…
Pada dia yang Satu
Bukan padaku
Sekadar lepasan rindu
Biar hangus menjadi debu
Biar terbang bersama angin bayu

Pulangkan rasa itu….
Kerna engkau bukan milikku

Friday, December 7, 2007